X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Polis Kelantan siasat kematian tahanan

Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung kematian mengejut seorang orang kena tahan Selasa lalu. - Gambar hiasan
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung kematian mengejut seorang orang kena tahan (OKT) berumur 23 tahun Selasa lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa merupakan OKT dalam siasatan kes kecurian kenderaan yang diklasifikasikan di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pada jam 2.30 petang hari tersebut, OKT yang sedang dalam proses rakaman percakapan dan dokumentasi di Pejabat Cawangan Bantuan Teknikal Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kelantan, di sini dilihat dalam keadaan terketar dan mulut berbuih.

"Pegawai dan anggota yang dalam proses rakaman percakapan itu bertindak segera menghantar mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas bantuan perubatan diberikan.

"Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka untuk siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, Pakar Forensik Patalogi HRPZ II memaklumkan keputusan awal punca kematian mangsa sebagai 'unascertained' (tidak dapat dipastikan) dan akan bergantung selanjutnya kepada laporan analisa dan ujian makmal yang dilakukan oleh pihak patalogi.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan akan menjalankan siasatan secara telus.

"Polis percaya, laporan analisa serta ujian makmal HRPZ II akan membantu siasatan dan memutuskan punca sebenar kematian mangsa," katanya.

Dalam masa sama, pihaknya turut menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Hala tuju siasatan polis akan ditentukan setelah laporan penuh dikeluarkan oleh pakar forensik berhubung punca kematian mangsa," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!