Tiga beranak nyaris maut kereta dihempap pokok tumbang

Anggota bomba memotong pokok tumbang yang menghempap kereta dinaiki tiga beranak di Jalan Batu 1 Kapar, Klang pada Sabtu.
Anggota bomba memotong pokok tumbang yang menghempap kereta dinaiki tiga beranak di Jalan Batu 1 Kapar, Klang pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Tiga beranak nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Batu 1 Kapar arah Kuala Selangor di sini awal pagi Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.16 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 6.24 pagi.

"Kejadian melibatkan sebatang pokok ketapang berketinggian kira-kira sembilan meter telah tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki pasangan suami isteri berumur lingkungan 20-an dan anak perempuan mereka berumur dua tahun," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, semua mangsa terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa difahamkan keluar sendiri sebelum bomba tiba di lokasi.

"Pihak bomba kemudiannya menjalankan kerja memotong batang pokok tersebut dan mengalihkan ke tempat selamat," katanya.

Menurutnya, kereta mangsa yang dihempap turut dialihkan.

Artikel Berkaitan: