Pencemaran Sg Chohong: Pejabat daerah tunggu hasil kajian

Mahadon
Mahadon
A
A
A

TANGKAK - Pejabat Daerah Tangkak masih menunggu hasil kajian dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) daerah dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Tangkak berhubung isu pencemaran Sungai Chohong yang didakwa berpunca daripada aktiviti penternakan haiwan dan pelepasan sampah dari daerah ini.

Pegawainya, Mahadon Marnin berkata, ketiga -tiga agensi berkenaan sedang melakukan kajian menyeluruh bagi mengenal pasti punca pencemaran di sungai berkenaan.

“Kajian masih dijalankan bagi mengesan punca pencemaran Sungai Chohong ini sama ada ia disebabkan oleh aktiviti penduduk daerah pun atau dari negeri terbabit.

“Buat masa ini, masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa aktiviti penduduk di Tangkak menjadi punca kepada pencemaran itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) Tangkak akan membentangkan dapatan itu kepada pihak berkaitan apabila keputusan diperoleh kelak.

“Kajian dah bermula sebelum ini dan rasanya keputusannya bakal diperoleh tidak lama lagi.

“Dalam masa sama, kita juga terus memantau tahap pencemaran ini dari semasa ke semasa sepanjang tempoh kajian dijalankan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Melaka mendakwa pencemaran Sungai Chohong berpunca daripada aktiviti penternakan dan pembuangan sampah di hulu sungai di Johor.

Artikel Berkaitan: