PRN Melaka bukan pemilihan Akademi Fantasia: Mohamad Hasan

Mohamad - Foto fail Bernama
Mohamad - Foto fail Bernama
A
A
A

MELAKA - “Ini bukan pemilihan Akademi Fantasia tapi pemilihan kerajaan untuk lima tahun,” demikian pesanan Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, kepada rakyat Melaka agar keluar mengundi pada Sabtu.

Beliau berkata, para pengundi perlu menggunakan hak mereka dengan bijak dan cukuplah segala kesusahan yang ditempuhi rakyat Melaka, akibat pergaduhan sesama sendiri pemimpin politik.

“Ini pemilihan untuk lima tahun dan PRU (Pilihan Raya Umum) itu, belum tentu lagi. Jadi keluar mengundi esok dan gunakan hak anda.

“Pasal Covid-19 ini, ia macam pergi pasar. Pakai pelitup muka dan hidung, guna pensanitasi tangan, jadi jangan takut untuk keluar mengundi,” katanya dalam rancangan khas yang disiarkan melalui Facebook Studio UN9 pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 217 pusat mengundi dibuka esok

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, sudah masanya rakyat mengembalikan mandat kepada BN sebagai parti yang mempunyai rekod prestasi dan pengalaman mentadbir negara ini.

“Bila mandat diberikan oleh rakyat, BN boleh tubuhkan kerajaan yang mengandungi satu pasukan pentadbir yang baharu, yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang profesional, bagi memantapkan tadbir urus negeri,” katanya. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: