Warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Bernam

SAR digerakkan bagi mencari lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas di Sungai Bernam, Hutan Melintang. - Foto ihsan Bomba Perak.
SAR digerakkan bagi mencari lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas di Sungai Bernam, Hutan Melintang. - Foto ihsan Bomba Perak.
A
A
A

BAGAN DATUK - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dikhuatiri lemas di Sungai Bernam, Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan sebaik menerima laporan kehilangan mangsa yang berusia 68 tahun itu.

"Isteri mangsa berusia 64 tahun yang mencari suaminya telah menjumpai baju, selipar, basikal dan kad pengenalan mangsa di perhentian bas berhampiran sebelum membuat laporan polis.

"Berdasarkan percakapan, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kemurungan atau berkelakuan aneh sebelum ini," katanya pada Jumaat.

Menurutnya, SAR digerakkan sekitar jam 3 petang di lokasi terakhir mangsa dilihat oleh seorang saksi di lokasi kejadian.

"Operasi melibatkan 20 pegawai dan anggota polis, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Dua bot digunakan untuk mengesan mangsa dan pemantauan dilakukan secara berkala," katanya.

Artikel Berkaitan: