X

Kindly register in order to view this article
!

Perarakan LGBT: Ini jenayah kemasyarakatan - Mufti Kelantan

MOHAMAD SHUKRI
A
A

SHAH ALAM - Perarakan yang dicemari dengan kehadiran penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan jenayah kemasyarakatan yang akan memudaratkan masyarakat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, keberanian golongan tersebut menyertai perarakan seperti itu, kerana berfikiran mereka hanyalah golongan minoriti yang tidak akan memudaratkan masyarakat.

“Sebenarnya, ia terkait di mana apabila berlaku kemudaratan, kemudaratan tidak kembali kepada individu, tetapi kemudaratan akan menimpa masyarakat.

“Mereka masih perlu memelihara jutaan manusia yang lain daripada akhlak dan peradaban. Di samping tidak boleh menyakiti walaupun hanya mewakili golongan minoriti, dia tak boleh sakiti majoriti.

“Bahkan dalam Islam sendiri, individu itu adalah masyarakat, bukan individu lain dan masyarakat lain. Jadi setiap individu perlu menjaga individu daripada kemasyarakatan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri berkata, mengenai sebarang tuntutan daripada golongan tersebut yang bercanggah dengan undang-undang serta agama Islam, tidak perlu dilayan.

“Sebarang tuntutan mereka tak perlu dilayan, kerana kita perlu jaga masyarakat umum, masyarakat mejoriti. Jadi dakwaan seperti menuntut hak individu itu perlu disanggah kerana dalam Islam kepentingan masyarakat perlu diutamakan dan perlu dijaga,” katanya.

Tambahnya, keberanian golongan tersebut mengikuti himpunan umum sebegitu boleh mendatangkan bahaya lebih besar kepada masyarakat dan generasi akan datang.

“Mereka ini semakin merasakan kehadiran mereka bukan lagi bahaya. Padahal dalam Islam (LGBT) perlu kawal dari awal lagi kerana akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan lebih besar kepada masyarakat serta generasi akan datang,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus