Jabatan Perangkaan perbaharui kerjasama dengan SSM

Mohd Uzir
Mohd Uzir
A
A
A

JABATAN Perangkaan Malaysia (DoSM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneruskan kerjasama strategik serta memperkasakan lagi kolaborasi sedia ada antara kedua-dua agensi.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, MoU ini adalah kali kedua bersama SSM sebagai memperbaharui MoU pertama yang ditandatangani pada tahun 2009.

"Melalui kerjasama ini, DoSM akan meneruskan perkongsian maklumat-maklumat berkaitan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia (MSIC) berasaskan International Standard Industrial Classification of All Economic Activities (ISIC), mengadakan kursus dan taklimat berkenaan statistik yang diperlukan oleh SSM serta pembekalan statistik rasmi lain kepada SSM,'’ katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Uzir berkata, pihak SSM pula akan terus membekalkan data berhubung maklumat syarikat dan perniagaan di Malaysia.

Beliau turut memaklumkan bahawa DoSM sentiasa terbuka untuk menandatangani MoU dengan mana-mana agensi lain yang berminat. - Bernama

Artikel Berkaitan: