Saya yakin ahli Pas istiqamah, patuh: Azmin

Mohamed Azmin bercakap pada sidang akhbar di Pengkalan Balak pada Jumaat.
Mohamed Azmin bercakap pada sidang akhbar di Pengkalan Balak pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) yakin pendirian pucuk pimpinan Pas yang berikrar menyokong PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diterjemahkan menerusi ahli-ahli Pas yang lain.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen yang ditonjolkan kepimpinan tertinggi Pas lebih penting.

"Lebih penting Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sendiri dalam mesyuarat PN dan kenyataan terbuka sejurus lepas Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini telah bertekad bahawa Pas bertanding atas tiket PN dan telah menyeru semua anggota Pas Melaka untuk bersama-sama PN dalam PRN ini.

"Saya amat yakin dengan kemantangan anggota Pas yang cukup istiqamah dalam perjuangan dan mereka sentiasa mematuhi keputusan-keputusan yang dibuat secara kolektif dalam Pas dan juga dalam PN," katanya dalam Sidang Akhbar di Pengkalan Balak di sini pada Jumaat.


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu video tular ahli Pas Masjid Tanah yang mendakwa sebagai timbalan ketua bahagian itu, beliau akan mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali, yang juga bekas Ketua Menteri.

Mohamed Azmin bagaimanapun tidak dapat mengesahkan perkara berkenaan.

Pada Jumaat, Yang Dipertua Pas Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman turut mengecam percubaan mensabotaj ke atas jentera pilihan raya Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

Imran dilaporkan berkata, terdapat 'dalang' di sebalik video berkenaan dan individu dalam video tersebut juga hanya sebagai ahli biasa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my