ABK21: Ifedayo, Baddrol diraikan secara maya

Ifedayo Omosuyi - Foto Selangor FC
Ifedayo Omosuyi - Foto Selangor FC
A
A
A

AYAM tambatan Selangor FC, Ifedayo Omosuyi yang telah meledak 26 gol sepanjang musim ini akan menerima gelaran Penjaring Terbanyak Liga Super pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK21) yang dijadual berlangsung secara maya pada 4 Disember ini.

Pada majlis itu yang akan disiarkan secara langsung menerusi unifiTV, kategori Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super pula menjadi milik pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Baddrol Bakhtiar yang meledak tujuh gol.

Bagi Liga Premier, Fernando Rodriguez (Johor Darul Ta’zim II) dan Jordan Mintah (Terengganu FC II) yang masing-masing meledak 16 gol dinobat selaku Penjaring Terbanyak, manakala Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC) meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan selepas menghasilkan sembilan gol.

Baddrol Bakhtiar - Foto Kedah Darul Aman FC
Baddrol Bakhtiar - Foto Kedah Darul Aman FC

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Jumaat mengumumkan 403 pemain disenarai pendek bagi ABK21 yang merangkumi 16 kategori iaitu Kasut Emas, Penjaring Terbanyak Liga Super, Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super, Penjaring Terbanyak Liga Premier dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier.

Turut dipertandingkan ialah Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Pemain Import Terbaik, Pasukan Terbaik, Anugerah Fair Play, Fan XI dan Pemain Paling Bernilai (MVP).

“Anugerah Kasut Emas akan dimenangi pemain yang menjaringkan gol paling banyak dalam semua pertandingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, iaitu saingan liga (Liga Super atau Liga Premier) dan Piala Malaysia. Pemenang hanya akan ditentukan selepas berakhir Piala Malaysia pada 30 November ini.

“Anugerah berprestij bola sepak tanah air ini diadakan bagi memberi pengiktirafan atas sumbangan dan pencapaian pelbagai pihak dalam arena bola sepak tanah air, khususnya pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia musim ini,” menurut kenyataan MFL.

Artikel Berkaitan:

MFL menjelaskan pemenang Anugerah Pasukan Terbaik akan diputuskan Ahli Jawatankuasa Teknikal MFL, Anugerah Fair Play akan ditentukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL, manakala Fan XI pula melalui undian penyokong menerusi pautan www.surveymonkey.com/r/2021FANXI hingga jam11:59 malam, 28 November (Ahad).

Anugerah MVP pula akan dipilih dalam kalangan pemenang empat kategori iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe, pengendali pasukan bawah-23 tahun Brad Maloney dan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Satiananthan. - Bernama



Senarai Pendek 10 Calon ABK21



PENJAGA GOL TERBAIK

-----------------------------------

Asri Muhamad (PDRM)

Damien Lim (Negeri Sembilan)

Farizal Marlias (JDT)

Kalamullah Al-Hafiz (PJ City)

Khairul Fahmi Che Mat (Melaka United)

Khairulazhan Khalid (Selangor)

Samuel Somerville (Penang)

Sharbinee Allawee Ramli (Sarawak United)

Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Selangor 2)

Suhaimi Husin (Terengganu)



PERTAHANAN TERBAIK

-------------------------------------

Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu)

Daniel Ting (KL City)

Faris Shah Rosli (Melaka United)

Hakimi Abdullah (Terengganu)

Irfan Zakaria (KL City)

La’Vere Corbin-Ong (JDT)

Matthew Davies (JDT)

Quentin Cheng (Penang)

Raffi Nagoorgani (PJ City)

Rizal Ghazali (Kedah Darul Aman)



PEMAIN TENGAH TERBAIK

-----------------------------------------

Afiq Fazail (JDT)

Al Hafiz Harun (Penang)

Amri Yahyah (Sabah)

Baddrol Bakhtiar (Kedah Darul Aman)

Natxo Insa (JDT)

R Barathkumar (Negeri Sembilan)

S Kumaahran (Melaka United)

Syahmi Safari (Selangor)

Syazwan Zainon (Kedah Darul Aman)

Zhafri Yahya (KL City)



PENYERANG TERBAIK

-----------------------------------

Abdul Malik Mat Ariff (Sri Pahang)

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Azhad Harraz Arman (Skuad Projek FAM-MSN)

Danial Asri (Selangor)

Darren Lok (PJ City)

Faisal Abdul Halim (Terengganu)

Kogileswaran Raj (PJ City)

Nurshamil Abd Ghani (Kelantan)

Safawi Rasid (JDT)

Zaquan Adha Abd Radzak (Negeri Sembilan)



JURULATIH TERBAIK

--------------------------------

Aidil Sharin Sahak (Kedah Darul Aman)

Benjamin Mora (JDT)

Bojan Hodak (KL City)

E Elavarasan (Sarawak United)

K Devan (Negeri Sembilan)

Nafuzi Zain (Terengganu)

P Maniam (PJ City)

Tomas Trucha (Penang)

Wan Rohaimi Wan Ismail (PDRM)

Zainal Abidin Hassan (Melaka United)



PEMAIN MUDA TERBAIK

------------------------------------

A Selvan (Negeri Sembilan)

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Arif Shaqirin Suhaimi (KL City)

Azam Azmi Murad (Terengganu)

Azhad Harraz Arman (Skuad Projek FAM-MSN)

Danial Asri (Selangor)

Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor)

Ruventhiran (PJ City)

Syafik Ismail (Terengganu II)

Ubaidullah Shamsul Fazili (Skuad Projek FAM-MSN)



PEMAIN IMPORT TERBAIK

----------------------------------------

Bergson da Silva (JDT)

Gonzalo Cabrera (JDT)

Ifedayo Omosuyi (Selangor)

Jordan Mintah (Terengganu II)

Kpah Sherman (Kedah Darul Aman)

Leandro Velazquez (JDT)

Makan Konate (Terengganu)

Manuel Ott (Melaka United)

Romel Morales (KL City)

Uche Agba (Sarawak United)