Mohd Rafiq sokong Mas Ermieyati jadi calon KM

Mohd Rafiq (kanan) mengiringi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Masjid Al- Khairiah, Telok Mas, Melaka pada Jumaat.
Mohd Rafiq (kanan) mengiringi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Masjid Al- Khairiah, Telok Mas, Melaka pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menghormati dan menyokong keputusan pucuk pimpinan parti itu mencalonkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Menteri Melaka.

Mohd Rafiq yang juga calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas berkata, selaku Pengerusi PN negeri, beliau memberikan sokongan penuh kepada keputusan tersebut.

Dalam masa sama, beliau akan konsisten meneruskan kerja-kerja berkempen sehingga malam Jumaat.

"Saya konsisten sejak semalam (Khamis) selepas mendapat tahu keputusan yang dibuat pucuk pimpinan. Saya meneruskan kempen-kempen saya di DUN Telok Mas.

"Fokus saya sebagai calon di kawasan ini tidak hilang, bahkan jadual terus padat hingga hari terkahir kempen," katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Al-Khairiah, Telok Mas di sini pada Jumaat.

Mohd Rafiq berkata, pencalonan calon PN Tanjung Bidara sebagai Ketua Menteri Melaka juga tidak akan mengubah keyakinan pengundi termasuk di DUN Telok Mas.

"Saya yakin dan telah turun ke akar umbi berjumpa secara tidak langsung dengan pengundi-pengundi di masjid ketika solat di surau, warung dan sebagainya, nyata sokongan kepada PN di Telok Mas sangat baik dan positif.

"Saya yakin rakyat akan terjemahkan sokongan ini dalam PRN negeri pada esok dengan membuang undi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga penyandang kerusi Paya Rumput sehubungan itu meminta semua jentera PN di seluruh negeri terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon-calon PN di semua kerusi ditandingi.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

ARTIKEL BERKAITAN:Kenyataan media Pas tolak Mas Ermieyati palsu

ARTIKEL BERKAITAN:Kenyataan Pengerusi PN Melaka bantah calon Ketua Menteri palsu