X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Detektif pukul wanita gagal cari jodoh dipindah tugas

Sinar Harian pada Khamis melaporkan polis mengenal pasti punca seorang wanita dipukul seorang individu dipercayai penjawat awam dalam sebuah lif pada Selasa lalu akibat perselisihan faham.
A
A

SEPANG - Anggota polis yang terbabit dalam insiden pukul seorang wanita di dalam lif di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada Selasa dipindahkan tugas ke bahagian pentadbiran sementara siasatan dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, anggota yang berusia 35 tahun tersebut merupakan seorang detektif berpangkat koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

"Individu berkenaan ialah detektif koperal yang bertugas di IPK Selangor.

“Susulan kes ini, kami mengambil tindakan serta-merta dengan memindahkan anggota berkenaan kepada tugas pentadbiran sementara siasatan lanjut dilakukan,"katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Jumaat.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang wanita dipukul dalam lif oleh seorang penjawat awam dipercayai kerana gagal mencarikan jodoh untuk lelaki itu.

Suspek dikatakan membayar wang sebanyak RM2,500 kepada mangsa untuk mencari calon jodoh namun calon tidak ditemui dalam tempoh enam bulan menyebabkan suspek menyalahkan mangsa dan bertindak memukulnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipukul dalam lif sebab gagal carikan jodoh


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!