X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

'Berpada-pada hargai jasa bekas Perdana Menteri'

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini mengesahkan kerajaan menerima permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan rumah bernilai RM100 juta dan akan dimasukkan dalam bajet tambahan.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran berpada-pada menghargai jasa mana-mana bekas Perdana Menteri bagi menggelakkan tindakan itu menjadi liabiliti kepada negara.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, tidak dinafikan jasa Perdana Menteri terdahulu namun wang negara sewajibnya diurus sebaik mungkin kerana ia merupakan satu amanah.

Mohamed Sukri berkata, pemberian hadiah besar dilihat tidak wajar ketika penularan pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada majoriti rakyat khususnya membabitkan aspek ekonomi.

"Tahniah empat orang menteri yang membantah dalam mesyuarat kabinet.

"Malaysia memerlukan nafas baharu dalam kepimpinan negara terdiri daripada mereka yang berintegriti dan menjiwai kesusahan rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan Bajet 2022 dalam Dewan Rakyat mengesahkan kerajaan menerima permohonan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.

Media turut melaporkan empat menteri termasuk Tengku Zafrul dikatakan antara yang membantah kelulusan pemberian tanah premium dan rumah mewah kepada Najib.

Mengulas lanjut, Mohamed Sukri berkata, wang berjumlah RM100 juta itu akan memberi manfaat besar sekiranya dibahagikan kepada 222 kawasan Parlimen di negara ini.

"Suntikan modal sebesar itu pada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga pastinya memberikan lebih impak positif.

"Walaupun perkara itu dibenarkan dalam ruang undang-undang tetapi memerlukan empati dan nilai kemanusiaan dalam melaksanakan sesuatu perkara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hadiahkan Najib hartanah RM100 juta, pembangkang kaji semula kerjasama

ARTIKEL BERKAITAN:Tengku Zafrul sahkan Najib mohon rumah bernilai RM100 juta


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!