Kerang-kerangan Pantai Geting kini selamat dimakan

Jabatan Perikanan Kelantan mengesahkan kerang-kerangan di sekitar perairan Pantai Geting kini selamat untuk dimakan.
Jabatan Perikanan Kelantan mengesahkan kerang-kerangan di sekitar perairan Pantai Geting kini selamat untuk dimakan.
A
A
A

TUMPAT - Kerang-kerangan di sekitar perairan Pantai Geting di sini kini selamat untuk dimakan dan tidak lagi dicemari toksin saraf atau saxitoxin daripada alga berbahaya iaitu alexandrium minutum.

Pengarah Perikanan Kelantan, Nazri Ishak berkata, pihaknya juga telah menarik balik larangan memakan kerang-kerangan di situ yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurutnya, penarikan balik larangan tersebut hasil keputusan analisis makmal terkini sepanjang dua minggu lalu yang menunjukkan kandungan alga berbahaya di dalam kerang-kerangan di situ sudah berada pada tahap piawaian yang selamat.

“Hasil keputusan analisis terkini Makmal Biosekuriti Perikanan mendapati spesies kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala yang dikutip sekitar perairan Geting disahkan selamat untuk dimakan.

“Kita dapati alga berbahaya iaitu Alaxendrium sp. telah berada pada tahap piawaian yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerang-kerangan dari Sungai Geting dicemari toksin saraf

Sehubungan itu, jelasnya, notis larangan yang dikeluarkan jabatan berkenaan pada 11 Oktober lalu adalah terbatal.

Sinar Harian pada 12 Oktober lalu melaporkan mengenai larangan memungut, menjual atau memakan spesies kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala di perairan Sungai Geting kerana dicemari toksin saraf atau saxitoxin daripada alga berbahaya iaitu alexandrium minutum.

Artikel Berkaitan: