Rodgers jangka sukar tembusi benteng Chelsea

Rodgers
Rodgers
A
A
A

PENGENDALI Leicester City, Brendan Rodgers menjangkakan jentera serangan The Foxes bakal berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan The Blues yang diterajui Thiago Silva selain Ben Chilwell.

Menurutnya, kedua-dua tonggak pertahanan Chelsea itu dilihat telah beraksi cemerlang musim ini bagi mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Justeru Rodgers berharap agar jentera skuad kendaliannya itu yang diterajui Jamie Vardy dapat beraksi dengan lebih agresif bagi menembusi benteng pertahanan lawan dalam usaha meledak jaringan.

“Seperti yang saya katakan, kami akan berdepan cabaran besar kali ini apabila berdepan Chelesa dan seperti kita tahu, benteng pertahanan mereka agak kebal.

“Oleh jentera serangan kami dan penyerang seperti Jamie Vardy perlu beraksi lebih agresif bagi merobek benteng pertahanan mereka itu.

“Apa pun, mereka (Chelsea) ada memiliki kelebihan samada dari segi taktikal mahu pun teknikal, namun, kami tetap akan bersedia untuk berdepan mereka sambil mengharapkan sedikit keajaiban untuk berlaku,” katanya.

Untuk rekod, Leicester City kini berada pada kedudukan ke-12 dengan 15 mata berbanding Chelsea yang gah di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 26 mata.

Mengulas lanjut, Rodgers menyifatkan skuad kendaliannya itu juga dijangka menerima tentangan sengit berdepan skuad The Blues itu yang dilihat berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya secara keseluruhannya kami akan berdepan cabaran yang besar kerana Chelsea adalah sebuah pasukan yang hebat.

“Mereka juga memiliki jurulatih berkaliber seperti Thomas Tuchel yang bekerja keras membentuk pemain-pemain yang hebat untuk The Blues.

“Oleh itu, kami perlu bersedia secukupnya selain menggandakan usaha jika mahu meraih mata pada pertemuan penting ini,” katanya.