Mbappe dapat ahli keluarga baharu

Mbappe bersama Zhang Jiaqi menjadi ibu bapa angkat kepada Yuandudu dan Huanlili. FOTO: REUTERS
Mbappe bersama Zhang Jiaqi menjadi ibu bapa angkat kepada Yuandudu dan Huanlili. FOTO: REUTERS
A
A
A

BINTANG Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe dan juara terjun Olimpik China Zhang Jiaqi menjadi ibu bapa angkat kepada dua anak panda yang dilahirkan di Zoo Beauval, Perancis awal tahun ini.

Mbappe menyifatkan kehadiran anak panda berusia tiga bulan Yuandudu dan Huanlili sebagai detik bersejarah dalam kehidupannya.

Untuk rekod, ibu bapa Yuandudu dan Huanlili, Huan Huan dan pasangannya Yuan Zi, datang ke Perancis secara pinjaman dari China pada 2012.

Ketibaan haiwan ikon negara Tembok Besar China tersebut disambut pada masa itu adalah sebagai tanda mengeratkan hubungan diplomatik antara Paris dan Beijing.

Artikel Berkaitan: