Banjir: 31 mangsa di Rantau Panjang dipindah ke PPS

Kampung Tersang, Rantau Panjang mula dinaiki air.
Kampung Tersang, Rantau Panjang mula dinaiki air.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 31 orang daripada enam keluarga di Rantau Panjang dekat Pasir Mas dipindahkan ke satu pusat pemindahan sementara (PPS) pada malam Khamis selepas rumah mereka dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak dua hari lepas.

Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, Zainuddin Hussin berkata, kesemua mereka termasuk seorang warga emas dan 11 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh yang diaktifkan pada 10 malam.

“Rumah mangsa yang berada di kawasan rendah akan dinaiki air hingga paras lutut setiap kali musim tengkujuh," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Sementara itu, menurut portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat pukul 7 pagi Jumaat, dua sungai utama merekodkan paras amaran iaitu Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai dengan bacaan 31.61 meter dan Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 8.66 meter. - Bernama

Artikel Berkaitan: