Misi baiki ranking Bunga Raya 7's

Mohammad Faiz bersama para pemain skuad Bunga Raya 7's wanita negara yang menggalas cabaran negara pada kempen Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia di Sport City Dubai.
Mohammad Faiz bersama para pemain skuad Bunga Raya 7's wanita negara yang menggalas cabaran negara pada kempen Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia di Sport City Dubai.
A
A
A

SKUAD Bunga Raya Tujuh Sebelah (7's) wanita negara menyasarkan untuk meraih keputusan positif pada kempen Siri Tujuh Sebelah Ragbi Asia di Sport City Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 19 hingga 20 November ini.

Malah menurut Ketua Jurulatihnya, Mohammad Faiz Samsukhidir, keputusan positif setiap perlawanan akan membolehkan Bunga Raya 7's memperbaiki kedudukan ranking semasa bagi meraih slot ke Sukan Komanwel Birmingham 2022.

"Biarpun saya akui persiapan pasukan agak singkat iaitu sebulan, namun para pemain begitu teruja untuk mengharungi perlawanan kompetitif pertama, untuk memberikan aksi terbaik masing-masing, insya-ALLAH.

“Apa yang penting pada ketika ini ialah untuk mengekalkan tahap prestasi dari segi fizikal dan mental untuk berdepan setiap lawan.

"Saingan dalam dalam kalangan pencabar kumpulan pula seimbang kerana pasukan bertanding pun sama seperti Malaysia tidak menyertai sebarang kejuaraan kompetitif berikutan pandemik Covid-19 sepanjang dua tahun ini," katanya.

Seramai 12 pemain dipilih membawa cabaran negara dalam kejuaraan anjuran Ragbi Asia itu merupakan aksi kelayakan ragbi Piala Dunia 7's di Afrika Selatan tahun depan kepada dua pasukan terbaik yang ke perlawanan akhir kejuaraan ini.

Di Dubai, Bunga Raya 7's negara wanita negara diundi dalam Kumpulan A bersama China, Hong Kong dan Sri Lanka manakala Kumpulan B pula menyaksikan penampilan Jepun, Kazakhstan, Thailand dan Filipina.

Anak buah Mohammad Faiz dijadualkan membuka gelanggang menentang Sri Lanka diikuti Hong Kong sebelum melabuh tirai peringkat kumpulan berdepan China.

Artikel Berkaitan:

BUNGA RAYA 7'S WANITA

PENGURUS PASUKAN

Tan Thiam Jin

KETUA JURULATIH

Mohammad Faiz Samsukhidir

PEMAIN

1. Euphrasia Anne Cralis (Kapten)

2. Cindy John Pasan

3. Fidelia Limang Anak Telajan

4. Wan Zufirah Mohd Nasir

5. Josie Mavcellina Gone

6. Norfarahana Abd Aziz

7. Afiqah Fatinah Mohd Izan

8. Nur Izzah Azizan

9. Shania Suinani Baduk

10. Nur Syazana Muhamad Zahir

11. Maslina Ahmad Ismail

12. Christina Edris