McDonald's bayar zakat RM2 juta

A
A
A

Azmir (kanan) menyerahkan zakat perniagaaan kepada wakil 14 agensi pungutan zakat yang disaksikan oleh Ahmad Marzuk (tengah) pada majlis Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald's Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021, di Putrajaya pada Selasa.

Lakar sejarah jumlah pembayaran terbesar, manfaat asnaf di seluruh negara

McDonald's Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila menunaikan zakat perniagaan terbesar sejak rangkaian restoran khidmat segera itu diambil alih oleh anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi, Lionhorn Pte Ltd.

Sebanyak RM2 juta zakat perniagaan bagi tahun 2021 diserahkan kepada 14 negeri dalam Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald's Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021, di Putrajaya pada Selasa.

Azmir (kanan) menyerahkan zakat perniagaaan kepada wakil 14 agensi pungutan zakat yang disaksikan oleh Ahmad Marzuk (tengah) pada majlis Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald's Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021, di Putrajaya pada Selasa.
Azmir (kanan) menyerahkan zakat perniagaaan kepada wakil 14 agensi pungutan zakat yang disaksikan oleh Ahmad Marzuk (tengah) pada majlis Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald's Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021, di Putrajaya pada Selasa.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar berkata, pengagihan zakat bagi setiap negeri adalah berdasarkan bilangan cawangan restoran di negeri tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pembayaran zakat itu bagi memenuhi tuntutan keagamaan selaras dengan syarikatnya sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam.

AZMIR
AZMIR

"Zakat ini adalah salah satu daripada lima rukun Islam dan sebagai sebuah syarikat yang beroperasi di lebih 300 cawangan, menyantuni komuniti di tempat beroperasi sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald's. Kami berharap sumbangan zakat kepada 14 negeri ini akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara," katanya ketika sidang akhbar pada majlis berkenaan.

AHMAD MARZUK
AHMAD MARZUK

Majlis penyampaian zakat itu disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Fokus halal

McDonald's Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada tahun 2019.

Azmir (belakang, tiga dari kiri) dan Ahmad Marzuk (belakang, empat dari kiri) bersama wakil 14 agensi pungutan zakat yang hadir pada majlis berkenaan.
Azmir (belakang, tiga dari kiri) dan Ahmad Marzuk (belakang, empat dari kiri) bersama wakil 14 agensi pungutan zakat yang hadir pada majlis berkenaan.

McDonald's turut menerima sijil sama daripada Lembaga Zakat Selangor dan sijil-sijil tersebut secara umumnya melengkapi Pensijilan Halal sedia ada yang dimiliki McDonald's Malaysia.

"Halal di McDonald's adalah merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi. Audit halal dilakukan oleh McDonald's Malaysia berkali-kali pada setiap tahun dalam memastikan komitmen halalnya.

"Kita menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman sejak 2013 dan mendapat khidmat pakar agama yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Pekerja juga dilatih mengenai halal dan memahami tanggungjawab dalam mematuhi piawaian halal," jelas Azmir.

McDonald's Malaysia adalah antara restoran makanan segera pertama di negara ini yang mendapat pensijilan Halal daripada Jakim.