Rakyat Malaysia di Thailand dinasihatkan berhati-hati

Wisma Putra
Wisma Putra
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang mengunjungi Thailand atau tinggal di negara itu dinasihatkan agar berhati-hati dan berwaspada sepanjang masa susulan satu siri letupan di selatan Thailand.

Dalam kenyataannya hari ini, Wisma Putra berkata Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla mengesahkan berlaku insiden letupan di bahagian berbeza di Thailand iaitu empat di Satun serta enam di Phatthalung bermula semalam hingga hari ini.

"Setakat ini tiada kematian dilaporkan dan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden terbabit.

"Rakyat Malaysia yang mengunjungi atau tinggal di Thailand digalakkan mendaftarkan diri di Kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral di Songkla. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi e-mel atau faks,” demikian menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok di 33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn Bangkok 10120 atau menghubungi talian +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (selepas waktu pejabat), Faks, +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270 atau e-mel ke mwbangkok@kln.gov.my

Rakyat Malaysia juga boleh ke Konsulat Jeneral Malaysia di No. 4, Sukhum Road, Muang District Songkhla 90000 atau menghubungi talian +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274, atau faks +66-7-432 4004 atau e-mel mwsongkhla@kln.gov.my.

Media antarabangsa hari ini melaporkan beberapa letupan berlaku lewat malam Sabtu dan awal hari ini di wilayah Satun dan Phatthalung di selatan Thailand. -Bernama

Artikel Berkaitan: