PM harap kelulusan Bajet 2022 beri sinar buat Keluarga Malaysia

Bajet 2022 yang diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Khamis diharapkan bakal memberi sinar baharu buat ahli Keluarga Malaysia. - Foto Bernama
Bajet 2022 yang diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Khamis diharapkan bakal memberi sinar baharu buat ahli Keluarga Malaysia. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Bajet 2022 peringkat dasar yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis bakal memberi sinar baharu buat ahli Keluarga Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya malam ini, Ismail Sabri berkata, kelulusan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat di negara ini meliputi pelbagai kaum, budaya dan agama dan tiada pihak yang akan tercicir.

" Alhamdulillah! #Bajet2022 peringkat dasar telah pun diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.... Tiada siapa akan terpinggir," katanya.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Ismail Sabri diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Khamis apabila lebih suara bersetuju selepas undian suara dijalankan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Peruntukan tambahan RM100 juta urus kewangan, bajet kerajaan

ARTIKEL BERKAITAN:Bajet 2022 bersifat inklusif, seimbang dan menyeluruh

ARTIKEL BERKAITAN:Bajet 2022 lulus di peringkat dasar

Artikel Berkaitan: