X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

NS dijangka bentang belanjawan defisit

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 November hingga 3 Disember ini.Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan mengekalkan inisiatif sedia ada meskipun dijangka membentangkan belanjawan defisit pada Belanjawan 2022, kata Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Khidir Majid.

Beliau berkata, mana-mana inisitiaf sedia ada yang dilihat memberi impak dan bersifat berpaksikan rakyat akan diteruskan malah turut ditambah baik.

"Kita sedia maklum bahawa inisiatif baik ini akan diteruskan. Selain itu, kita akan lihat golongan sasar yang tercicir sebelum ini yang tidak menerima bantuan, insya-ALLAH akan turut diberi bantuan," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Media Belanjawan Negeri Sembilan 2022 di sini pada Khamis.

Jelasnya, belanjawan pada tahun hadapan dijangka bersifat defisit, namun ia merupakan defisit secara bersasar kepada sektor dan subsektor tertentu.

Beliau berkata, ia penting supaya menerusi pakej atau geran tertentu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun semasa belanjawan nanti akan membantu memulihkan ekonomi rakyat selain dapat menyesuaikan dengan persekitaran pasca Covid-19.

Sementara itu, Mohd Khidir berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan hampir keseluruhan sektor ekonomi di negeri ini mengalami kesan agak ketara termasuk terhadap hasil negeri.

Dalam belanjawan 2022, katanya, kerajaan negeri menggunakan pendekatan membangunkan satu modal input, output dan model ekonomi metrik massa dengan analisis terperinci bagi empat sektor utama.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 November hingga 3 Disember ini. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!