Bank longgarkan syarat pembiayaan pinjaman PTF

BNM memaklumkan bank-bank yang terlibat telah melonggarkan syarat pembiayaan pinjaman Pembiayaan Pelancongan Penjana (PTF). Gambar hiasan
BNM memaklumkan bank-bank yang terlibat telah melonggarkan syarat pembiayaan pinjaman Pembiayaan Pelancongan Penjana (PTF). Gambar hiasan
A
A
A

BANK Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bank-bank yang terlibat telah melonggarkan syarat pembiayaan pinjaman Pembiayaan Pelancongan Penjana (PTF), kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, antaranya pemohon tidak lagi perlu mengemukakan penyata bank yang diaudit, tetapi memadai dengan penyata bank yang menunjukkan transaksi positif.

Berhubung perkara itu, beliau berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama BNM bagi meneliti isu syarat yang dikenakan.

Nancy berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: