X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

4,822 pekerja OKU terjejas terima bantuan RM1,500

Seramai 4,822 orang kurang upaya (OKU) yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh tiga bulan bermula September lepas.Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 4,822 orang kurang upaya (OKU) yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh tiga bulan bermula September lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kementerian itu turut melanjutkan kelulusan Elaun Pekerja OKU (EPOKU) kepada 92,265 penerima tanpa mengira status pekerjaan mereka sama ada masih bekerja ataupun hilang pekerjaan.

“Selain Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, insentif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) turut ditawarkan oleh kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia bagi membantu majikan mengekalkan pekerja dan mengawal pengurangan bilangan pekerja yang diberhentikan termasuk pekerja OKU,” katanya.

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini, mengenai statistik OKU yang telah hilang pendapatan dan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 serta kaedah yang kementerian gunakan bagi membantu mereka. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!