Sila log masuk terlebih dahulu.

Anggota tentera disyaki cabul pekerja kedai vape didakwa esok

Suspek disyaki mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan turut menjilat jari mangsa.
Suspek disyaki mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan turut menjilat jari mangsa.
A
A
A

AMPANG - Seorang anggota tentera yang disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat di sini pada 5 Oktober lalu akan didakwa di Mahkamah Ampang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 26 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

"Kita sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh suspek yang akan dilaksanakan di Mahkamah Ampang esok (Jumaat)," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota tentera cabul pekerja kedai vape ditahan

Dalam kejadian jam 1 petang, 5 Oktober lalu, wanita berusia 18 tahun yang juga pekerja kedai vape didatangi seorang lelaki berpakaian tentera mahu membeli barangan vape di kedai itu.

Selesai membeli barangan vape, lelaki itu keluar dari kedai, namun tidak lama kemudian, dia masuk semula ke kedai tersebut untuk menukar pod vape.

Ketika mangsa menyerahkan pod vape berkenaan, suspek mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan turut menjilat jari mangsa.

Artikel Berkaitan: