Wan Saiful desak UMNO tidak guna strategi ubah topik

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendesak UMNO supaya tidak menggunakan strategi ubah topik atau ‘diversion’ untuk lari daripada perhatian rakyat.

Ujar beliau, UMNO perlu menjawab mengenai isu berkaitan pendedahan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa rundingan perpaduan ummah telah digagalkan oleh sikap 'Abang Long' yang ditunjukkan oleh UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN:Sikap 'abang long' ganggu kerjasama tiga parti: Ahmad Samsuri

"UMNO perlu menjawab kepada pengundi Melaka dan rakyat Malaysia kenapa mereka bersikap 'Abang Long' samseng tamak haloba.

“Rakyat Melaka cukup bijak untuk menilai sama ada mereka itu hanya mahu kuasa dan harta sahaja, sehingga kebajikan dan kesihatan rakyat mereka tolak tepi.

“Jangan guna strategi ubah topik atau 'diversion' untuk larikan perhatian rakyat. Jawab isu sebenar,” kata beliau dalam siaran di Facebook rasminya pada Khamis.

Pada Rabu, sebanyak 595 ahli Bersatu negeri Melaka mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan Bersatu.

Mengulas lanjut, menurut Wan Saiful, UMNO didakwa mengalih perhatian pengundi daripada isu tersebut dengan pengumuman individu yang keluar daripada parti Bersatu.

Artikel Berkaitan:

“Saya telah dimaklumkan mengenai pengumuman keluar parti Bersatu di dua lokasi di Melaka. Ia adalah kes terpencil yang dibuat untuk tujuan pilihan raya.

“Saya melihat pengumuman ubah sokongan itu sebagai usaha terdesak UMNO mengalih perhatian pengundi daripada isu lebih besar yang didedahkan pada Rabu,” ujarnya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my