Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

No Image Caption
A
A
A

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM35.28 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.17 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan mengendalikan tiga tender pasaran wang konvensional, masing-masing bernilai RM1 bilion untuk tempoh tujuh, 14 dan 21 hari serta tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA) bernilai RM4.4 bilion selam tujuh hingga 32 hari.

Ia juga akan mengadakan dua tender repo berbalik dengan nilai RM430 juta dan RM710 juta, masing-masing untuk tempoh 32 dan 92 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM32.4 bilion dan sejumlah RM16.8 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -Bernama

Artikel Berkaitan: