PH nafi adakan perhimpunan hapus tol Ayer Keroh

Poster palsu yang tular di media sosial.
Poster palsu yang tular di media sosial.
A
A
A

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) menafikan poster tular berkaitan satu perhimpunan yang akan diadakan pada jam 2 petang Khamis.

Poster tersebut dinafikan sendiri oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil yang menghantar semula poster tersebut dengan berpalang palsu.

Kandungan poster tersebut menyatakan bahawa perhimpunan itu dibuat bagi menghapuskan tol Ayer Keroh.

Kandungannya meminta agar warga Melaka keluar beramai-ramai untuk suarakan sokongan.

Namun begitu, tempat berhimpun tidak dinyatakan di dalam poster tersebut.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: