Ismail Sabri terima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan AS

 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis menerima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo di pejabatnya di bangunan Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis menerima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo di pejabatnya di bangunan Parlimen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis menerima kunjungan hormat Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Dalam catatan di Facebooknya, Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu mereka berbincang mengenai potensi untuk meluaskan kerjasama, di samping peluang-peluang bagi meneroka laluan baharu yang akan memberi manfaat kepada perdagangan antara kedua-dua negara.

“Malaysia menyanjung hubungan dua hala yang baik dengan Amerika Syarikat dan kita optimis kedua-dua negara akan mendapat manfaat daripadanya. Terima kasih diucapkan kepada Raimondo dan delegasi terhadap lawatan ini,” katanya.

Gambar Perdana Menteri bersama Raimondo turut dimuatkan di laman Facebook itu.

Ini merupakan kali pertama lawatan rasmi Raimondo ke Malaysia selepas dipilih untuk berkhidmat sebagai setiausaha perdagangan di bawah pentadbiran Presiden AS, Joe Biden. - Bernama

Artikel Berkaitan: