Kelantan jadi model perpaduan kaum: DHPP

Chin Chua ketika membentangkan resolusi
Chin Chua ketika membentangkan resolusi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seminar Perpaduan Nasional Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) hari ini meluluskan resolusi agar menjadikan Kelantan sebagai model perpaduan kaum di negara ini.

Ahli Jawatankuasa DHPP Pusat, Lau Chin Chua berkata, kejayaan formula yang diasaskan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu itu perlu dicontohi kerana berjaya membentuk masyarakat berbilang kaum yang harmoni.

"Asas (perpaduan) yang ditanam Tuan Guru Nik Aziz masih lagi diikuti sehingga kini dan begitu diyakini oleh masyarakat bukan Islam di negeri itu.

"Walaupun jumlah bukan Islam hanya kira-kira 10 peratus berbanding majoriti Melayu 90 peratus, tetapi hak dan kepentingan bukan Islam di Kelantan turut diberi keutamaan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan resolusi seminar bertajuk Mencari Formula Kepada Hubungan Antara Kaum Yang Lebih Harmoni' di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai seminar itu, Chin Chua turut mengingatkan pemimpin politik khususnya Pas tidak sesekali menyuarakan pandangan untuk menghapuskan sekolah Cina di negara ini.

"Orang Cina sangat sensitif dalam perkara membabitkan pendidikan, jadi kita harap kalau ada cadangan untuk hapuskan sekolah Cina ia bukan datang daripada pemimpin Pas.

"Tindakan ini bukan sahaja boleh menghiris masyarakat Cina tetapi boleh mengakibatkan perpecahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum," katanya.

Artikel Berkaitan:

DHPP hari ini, tampil menganjurkan satu seminar untuk meningkatkan keharmonian di antara kaum di Malaysia.

Seminar itu bertujuan untuk mengenalpasti formula bagi memastikan hubungan antara kaum di Malaysia dapat menjadi lebih harmoni, sekaligus menjawab segala tuduhan-tuduhan yg tidak berasas.

Ia susulan kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming yang mengatakan Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang dikuasai Taliban jika UMNO dan Pas berjaya membentuk kerajaan dan memerintah negara ini.