Jambatan baharu RM7.7 juta atasi kesesakan lalu lintas

Aminuddin (tiga dari kanan) dan Arul Kumar (dua dari kanan) melihat projek pembinaan jambatan baharu menghubungkan Kampung Batang Benar dan Taman Industri Nilai, Nilai pada Rabu.
Aminuddin (tiga dari kanan) dan Arul Kumar (dua dari kanan) melihat projek pembinaan jambatan baharu menghubungkan Kampung Batang Benar dan Taman Industri Nilai, Nilai pada Rabu.
A
A
A

NILAI - Projek pembinaan jambatan baharu menghubungkan Kampung Batang Benar dengan Taman Industri Nilai di sini yang bernilai RM7.7 juta dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, projek yang sudah dimulakan pada 6 September lalu itu akan melibatkan kerja-kerja pelebaran jambatan sepanjang 60 meter serta menaik taraf persimpangan baharu.

"Kerajaan negeri prihatin dengan masalah yang dihadapi orang ramai yang melalui jalan itu selama ini apabila terpaksa melalui jambatan sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan pada satu-satu masa.

"Ini pasti amat menyukarkan dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk terutama pada waktu puncak. Justeru semasa pembentangan Belanjawan 2021 lalu kerajaan negeri telah mengumumkan sebuah jambatan baharu akan dibina di laluan ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Membina Jambatan Baharu menghubungkan Kampung Batang Benar dan Taman Industri Nilai di sini pada Rabu.

Projek pembinaan jambatan baharu menghubungkan Kampung Batang Benar dan Taman Industri Nilai dijangka dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Projek pembinaan jambatan baharu menghubungkan Kampung Batang Benar dan Taman Industri Nilai dijangka dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Aminuddin berkata, projek terbabit yang dijangka siap pada tahun 2023 merupakan salah satu daripada 11 projek di bawah peruntukan kerajaan negeri yang sedang dalam pembinaan sekarang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arul Kumar berkata, sejak dilantik sebagai wakil rakyat pada tahun 2013, masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu merupakan antara yang diperjuangkan beliau.

"Saya percaya apabila projek ini siap pada tahun 2023, ia bukan sahaja akan dapat memberikan keselesaan kepada penduduk di sekitar tetapi akan membantu meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi di sepanjang koridor berkenaan," jelas beliau.