Guna wang palsu RM100, wanita dihadap ke mahkamah

Tertuduh (berbaju putih) diiring polis ketika di mahkamah pada Khamis.
Tertuduh (berbaju putih) diiring polis ketika di mahkamah pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis atas pertuduhan menggunakan wang palsu minggu lalu.

Tertuduh, Zuraina Abdullah, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan telah menggunakan wang palsu RM100 sebagai tulen di sebuah gerai baju di Telok Kemang, Port Dickson pada 13 November 2021.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan jaminan yang rendah.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dan sebutan semula kes pada 16 Disember depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Enteri Anak Mawan.

Artikel Berkaitan: