Kos haji 2022 dimuktamadkan selepas dibentang kepada kabinet

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan dari Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia Ouyang Yujing (kanan) kepada Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail (kiri) pada majlis penyampaian sumbangan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia kepada JAWI Food Bank di Kompleks Islam Putrajaya pada Khamis. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Kos ibadah haji bagi tahun 2022 akan dimuktamadkan selepas dibentangkan kepada kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad berkata, pihaknya sedang menunggu sesi taklimat oleh Tabung Haji (TH) dalam masa terdekat.

"Mereka (TH) baharu sahaja pulang dari Makkah," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kos haji yang bakal diputuskan kerajaan.

Pada tahun lalu, kos haji meningkat sembilan peratus daripada RM22,900 kepada sekurang-kurangnya RM25,000 bagi seorang jemaah haji.

"Sama ada ia meningkat atau tidak, kena tunggu keputusan kabinet," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan sumbangan wang tunai RM100,000 kepada Foodbank Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) oleh Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Sumbangan tersebut merupakan kali ketiga disumbangkan republik itu dengan jumlah keseluruhannya, RM400,000.

Sehingga kini, seramai 270,000 penduduk sekitar Wilayah Persekutuan telah menerima pek bekalan makanan kering.

Artikel Berkaitan:

Yujing dalam ucapannya menzahirkan perasaan terharu melihat JAWI bertungkus lumus bekerjasama dengan pihak lain menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Kami berharap usaha ini mengurangkan beban mereka yang berada dalam kesukaran," katanya.