Penyanyi rap AS mati ditembak ketika beli biskut

Young Dolph. - Foto AFP
Young Dolph. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Seorang penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Young Dolph ditembak mati ketika dia berada di dalam sebuah kedai biskut di Memphis, Tennessee pada Rabu, kata polis.

Artis kelahiran Chicago itu yang nama asalnya ialah Adolph Robert Thornton berusia 36 tahun dan popular dengan lagu seperti 'Major' dan album 'Rich Slave'.

Dia dilaporkan ditembak di kedai Makeda's Homemade Butter Cookies, Memphis dan suspek dipercayai menembaknya dari sebuah kereta, lapor akhbar tempatan.

Polis menyatakan suspek yang menembak penyanyi tersebut masih belum diketahui.

Thornton hampir terbunuh sebelum ini dalam satu kejadian tembakan di Los Angeles pada tahun 2017.

Ketika itu dia mengalami kecederaan akibat ditembak. - Agensi

Artikel Berkaitan: