Tentera Sudan tembak mati 15 penunjuk perasaan

Gambar fail menunjukkan para penunjuk perasaan menentang pihak tentera yang merampas kuasa di Khartoum pada 17 November lalu. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan para penunjuk perasaan menentang pihak tentera yang merampas kuasa di Khartoum pada 17 November lalu. - Foto AFP
A
A
A

KHARTOUM - Pasukan keselamatan Sudan menembak mati sekurang-kurangnya 15 penunjuk perasaan antirampasan kuasa di Khartoum pada Rabu iaitu hari yang paling ramai terbunuh sejak tentera mengambil alih kuasa pada 25 Oktober lalu.

Angka kematian itu menyebabkan jumlah keseluruhan yang terbunuh meningkat kepada 39 orang sejak pihak tentera melakukan rampasan kuasa, kata seorang doktor yang prodemokrasi.

Jumlah keseluruhan yang cedera pula melibatkan seramai ratusan orang.

Berikutan itu, penganjur tunjuk perasaan daripada Persatuan Profesional Sudan (SPA)

menyatakan kejadian tersebut menguatkan slogan pertubuhan berkenaan yang tidak mahu mengadakan rundingan, kerjasama atau tolak ansur dengan pihak tentera.

Menurut seorang wartawan AFP, para penunjuk perasaan berhimpun di jalanan di Khartoum walaupun talian telefon dan perkhidmatan internet mengalami gangguan sejak pihak tentera mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Tunjuk perasaan yang menentang rampasan kuasa tentera itu juga berlaku di Port Sudan, kata seorang wartawan AFP.

Rampasan kuasa itu sekali gus menghalang peralihan demokratik kepada sebuah kerajaan awam setelah tersingkirnya Omar al-Bashir daripada jawatan Presiden Sudan selepas berkuasa selama hampir tiga dekad yang kemudian ditangkap pihak tentera.

Artikel Berkaitan:

Beliau tersingkir selepas berlakunya tunjuk perasaan-tunjuk perasaan yang menentang kerajaannya pada tahun 2019. - Agensi