Polis tahan ibu saudara kanak-kanak jatuh tingkat 16

 Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang
Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada Khamis bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Zainal Mohamed memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nizar Adnan di talian 03-6126 2222/013-9961 892.

Semalam, kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi, apabila ibu saudaranya sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu, selepas didapati tiada di dalam biliknya. -Bernama

Artikel Berkaitan: