Anak muda terperangkap dalam kitaran politik wang

Dari kiri; Amin Nurul Izzah Qyira Nathaniel ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk 'Rasuah: Duhai Anak Muda Apa Dah Jadi?' yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Rabu.
Dari kiri; Amin Nurul Izzah Qyira Nathaniel ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk 'Rasuah: Duhai Anak Muda Apa Dah Jadi?' yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Ramai anak muda yang memiliki integriti dan keazaman untuk mengubah politik negara gagal kerana dihalang oleh kewujudan gejala rasuah politik wang.

Kolumnis, Nathaniel Tan berkata, anak muda sememangnya memiliki kesedaran terhadap isu rasuah yang dilihat menghantui politik negara sejak sekian lama.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengalamannya terlibat secara langsung dalam politik negara menunjukkan kumpulan yang mahu membuat pembaharuan dalam parti politik negara terkandas ekoran daripada kitaran rasuah tersebut.

“Kalau kita lihat, kebanyakan parti politik di Malaysia mereka ada pemilihan untuk jawatan kepimpinan tertinggi di dalam parti. Jadi kebanyakan pihak ini mereka bertanding supaya biasanya kalau menang, mereka boleh jadi menteri.

“Dengan jadi menteri, mereka boleh bagi kontrak dan daripada situ mereka akan mendapat manfaat contohnya daripada segi kewangan. Daripada duit itu, mereka akan kembali bertanding untuk kembali bertanding dalam pemilihan parti. Jadi itulah kitarannya.

“Bila orang baharu cuba masuk ke dalam kitaran ini, biasanya mereka akan ‘dimakan’. Jadi, untuk mengubah perkara ini bukan sesuatu yang senang, terutamanya untuk anak muda,’ katanya ketika menjadi panelis dalam program Kompas Rasuah Busters bertajuk 'Rasuah: Duhai Anak Muda Apa Dah Jadi? yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

Nathaniel ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk 'Rasuah: Duhai Anak Muda Apa Dah Jadi?' yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Rabu.
Nathaniel ketika program Kompas Rasuah Busters bertajuk 'Rasuah: Duhai Anak Muda Apa Dah Jadi?' yang diadakan di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

Turut menjadi panelis dalam program diacarakan oleh Amin Idris ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan pengasas bersama Undi 18, Qyira Yusri.

Artikel Berkaitan:

Untuk membawa perubahan yang lebih berkesan, Nathaniel berpendapat bahawa anak muda perlu mengambil pendekatan dengan terlebih dahulu membuat satu gerakan di luar kerangka politik.

“Kalau kita cuba masuk daripada dalam, mungkin ada yang rasa boleh tetapi saya rasa cabarannya terlalu besar.

“Jadi, kita perlu bina asas di luar itu sebagai gerakan yang ada asas teras berdasarkan integriti. Selepas itu baru kita cuba untuk mengambil bahagian secara aktif bersaing dengan parti politik lain,” jelas beliau.