Ibu Muhammad Abdul Qadir dicari

Muhammad Abdul Qadir kini berusia 2 tahun.
Muhammad Abdul Qadir kini berusia 2 tahun.
A
A
A

MUAR - Sepasang suami isteri dari Bandar Maharani, di sini, memohon orang ramai untuk mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Azyee Aziz, 29, berkata, wanita warga Indonesia, Siti Hadijah, 41, diminta hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melengkapkan dokumen selepas anaknya itu kini diserahkan kepadanya untuk dijaga sepenuh masa.

Menurut Azyee, sebelum ini, dia dan suaminya tidak pernah bertemu dengan Siti Hadijah kerana segala proses bermula daripada penyerahan bayi sehingga dokumen sijil kelahiran dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Saya cuma dimaklumkan seorang lelaki ketika Siti Hadijah hamil di mana anak dalam kandungan itu mahu diserahkan kepada mana-mana penjaga yang sudi. Sebaik mengetahui perkara itu, saya menawarkan diri untuk menjadi ibu angkat kepada Muhammad Abdul Qadir Jaelani.

“Dan selepas dua hari dilahirkan, lelaki yang dipercayai sebagai orang tengah itu menghubungi kami semula bagi menyerahkan Muhammad Abdul Qadir. Selain itu, sijil kelahiran dan pelbagai lagi dokumen berkaitan turut diberikan,” katanya.

Azyee berkata, bagaimanapun, sebaik usia Muhammad Abdul Qadir kini genap dua tahun iaitu pada 1 November lalu, Siti Hadijah diminta tampil bagi menyempurnakan proses pengangkatan untuk mengelakkan sebarang tuntutan di kemudian hari.

“Selain itu, apabila proses pengangkatan selesai, kami juga berpeluang menjaga dan mengasuh Muhammad Abdul Qadir dengan lebih baik kerana ia turut melibatkan masa depannya termasuk kemudahan untuk menguruskan persekolahannya di masa akan datang,” katanya.

Justeru, orang ramai mengenali Siti Hadijah diminta untuk menghubungi Azyee di talian 016-6897783.

Artikel Berkaitan: