Isu gambar: Sulaiman serah kepada pucuk pimpinan

Sulaiman (kanan) ketika sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan calon-calon MCA di Ayer Keroh di sini pada Rabu.
Sulaiman (kanan) ketika sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan calon-calon MCA di Ayer Keroh di sini pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak gentar dengan tindakan yang bakal diambil parti Perikatan Nasional (PN) susulan gambar beliau terdapat di luar kawasan ditandinginya.

Sulaiman yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada pihak lebih arif dalam partinya susulan dakwaan PN bahawa tindakan meletakkan gambar beliau di seluruh Melaka adalah salah di bawah Akta Pilihan Raya.

Menurutnya, berbaki tiga hari menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah lebih baik beliau terus memberi fokus mempergiatkan kempen berbanding isu berkenaan.

"Berkenaan isu itu juga saya serahkan kepada pihak pucuk pimpinan kita ada orang yang bertanggungjawab.

"Saya tetap menjalankan kempen seperti biasa hinggalah tamat tempoh berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan calon-calon MCA di Ayer Keroh di sini pada Rabu.

Sementara itu, Penyelaras Penerangan PN, Badrul Hisham dalam sidang akhbar berkata, adalah menjadi satu kesalahan apabila meletakkan gambar pemimpin selain ketua parti di peringkat negeri dan Pusat.

"Hanya presiden parti dan ketua parti negeri boleh ada gambarnya di kawasan dia bertanding, Sulaiman bukan ketua parti, " katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my