Pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines terhempas

Pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi dilapor terhempas awal pagi ini.- Foto PLANEPICS.OR
Pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi dilapor terhempas awal pagi ini.- Foto PLANEPICS.OR
A
A
A

ADDIS ABABA - ETHIOPIA. Sebuah pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi, Kenya membawa 149 penumpang dan lapan anak kapal dilapor terhempas awal pagi ini.

"Kami mengesahkan penerbangan ET 302 dari Addis Ababa ke Nairobi terlibat dalam kemalangan awal pagi ini.

"Dipercayai terdapat 149 penumpang dan lapan anak kapal berada dalam pesawat, namun pihak kami masih mengesahkan butiran penumpang yang menaiki pesawat terbabit," menurut kenyataan Ethiopian Airlines.

Syarikat penerbangan terbabit turut memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat sedang diatur dan tiada sebarang pengesahan setakat ini berhubung mangsa terselamat mahupun terbunuh.

Pesawat berkenaan berlepas pada jam 8:38 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole sebelum terputus hubungan enam minit kemudian.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Abiy Ahmed menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden membabitkan pesawat Boeing 737 itu. - AFP

Artikel Berkaitan: