Pekerja pembinaan jalan raya maut dihempap lori

Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa.
Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa.
A
A
A

KLANG - Seorang pekerja pembinaan jalan raya maut dihempap sebuah lori pasir dalam kejadian di Jalan Kiyai Sujak, Taman Sri Wangi di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 2.24 petang.

"Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 2.32 petang.

"Kemalangan melibatkan sebuah lori muatan pasir dipercayai terbalik dan menghempap mangsa seorang lelaki berumur lingkungan 40-an," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, identiti mangsa bagaimanapun belum dapat disahkan.

"Anggota bomba kemudiannya menjalankan usaha mengeluarkan mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara memaklumkan kemalangan tersebut masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: