Isu LGBT: Kerajaan kena ambil tanggungjawab

Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh
Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil tanggungjawab untuk membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang terpesong untuk kembali kepada fitrah asal mereka.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, dengan kuasa yang ada kerajaan seharusnya memikirkan kaedah terbaik terbaik untuk menangani perkara itu daripada menjadi lebih parah.

"Sebagai manusia kita kena kembali kepada asal kejadian. Setiap lelaki dan wanita mempunyai batas sempadan yang telah ditetapkan agama. Dalam isu LGBT ini, manusia dilihat cuba untuk mengubah fitrah semula jadi mereka.

"Perkara negatif dan tidak dapat diterima dalam kalangan masyarakat di Malaysia ini perlu ditangani segera,"katanya ketika ditemui pada Seminar Perpaduan Nasional Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Mencari Formula Kepada Hubungan Antara Kaum Yang Lebih Harmoni' di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perarakan LBGT yang diadakan serentak dengan Perarakan Hari Wanita Sedunia, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong LGBT berarak tuntut hak di ibu kota

Terdahulu, dilaporkan kira-kira 1,000 orang menyertai himpunan bersempena Hari Wanita Antarabangsa di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo dan berakhir di Dataran Merdeka.

Selain pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak wanita, aktivis, orang awam serta pelajar, himpunan itu turut disertai golongan LGBT apabila bendera warna pelangi yang menjadi lambang kepada golongan itu turut dibawa bersama.

Artikel Berkaitan: