Air Selangor salur bantuan baik pulih paip

Air Selangor menyalurkan bantuan perkhidmatan pembaikan paip dalaman yang telah rosak dan bocor kepada rumah kebajikan dan keluarga B40.
Air Selangor menyalurkan bantuan perkhidmatan pembaikan paip dalaman yang telah rosak dan bocor kepada rumah kebajikan dan keluarga B40.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyalurkan bantuan perkhidmatan pembaikan paip dalaman yang telah rosak dan bocor kepada beberapa rumah kebajikan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, perkhidmatan pembaikan paip dalaman itu dilakukan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sesama Mara Air.

"Program itu juga dapat mengelakkan pembiayaan bil air bulanan yang tinggi akibat daripada kebocoran paip meter premis pengguna," katanya menerusi Facebook Air Selangor pada Rabu.

Air Selangor memberitahu, mana-mana rumah kebajikan dan keluarga B40 yang memerlukan bantuan untuk membaiki paip air dalaman yang rosak atau bocor, boleh membuat permohonan menerusi pautan https://www.airselangor.com/media/sesama-mara/

Jelas kenyataan itu, Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Sai Pandian, Setia Alam antara rumah kebajikan yang menerima manfaat menerusi inisiatif berkenaan.

Pengasas Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Sai Pandian, Sai Pandian berkata, pihaknya amat gembira dengan bantuan perkhidmatan pembaikan paip dalaman berkenaan.

Katanya, masalah kebocoran paip dalaman sudah lama berlaku di rumah kebajikan berkenaan.

"Saya boleh menarik nafas lega kerana masalah pembaziran air tidak lagi berlaku di rumah ini," katanya.

Artikel Berkaitan: