Saya tak akan letak jawatan: Syed Abu Hussain

Syed Abu Hussin (tengah) menyerahkan cek replika sumbangan SRAR Parlimen Bukit Gantang bernilai RM73,359 kepada wakil SRAR Parlimen itu di Masjid Rahmaniah, Trong hari ini.
Syed Abu Hussin (tengah) menyerahkan cek replika sumbangan SRAR Parlimen Bukit Gantang bernilai RM73,359 kepada wakil SRAR Parlimen itu di Masjid Rahmaniah, Trong hari ini.
A
A
A

BUKIT GANTANG - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussain Hafiz Abu Fasal mendedahkan terdapat 'suara-suara' yang meminta beliau supaya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat secara rasmi sebelum ini.

Wakil rakyat bebas itu berkata, 'suara-suara' itu dipercayai daripada pihak BN susulan kemeriahan keputusan beberapa siri PRK sebelum ini yang dilihat mula memihak kepada parti itu ketika ini.

Menurutnya, kelebihan perubahan sokongan rakyat terutama pengundi Melayu terhadap mereka ketika ini mungkin menyebabkan mereka mengandaikan beberapa lagi kawasan bakal diadakan PRK.

"Kalau congak percaturan politik semasa, sememangnya sekiranya PRK diadakan di sini akan memihak kepada pakatan Pas dan UMNO, namun bagi saya hanya ALLAH SWT sahaja mengetahui sama ada pakatan itu berjaya atau tidak kelak.

"Bagi saya, saya tidak akan sesekali letak jawatan dan komited meneruskan perkhidmatan kepada rakyat Parlimen Bukit Gantang sehingga habis penggal,"kat anya kepada media pada majlis penyerahan wang zakat kepada 161 anak-anak asnaf di Masjid Rahmaniah, Trong dekat sini hari ini.

Syed Abu Hussin berkata, pihaknya menegaskan tidak mahu lagi dikaitkan dengan spekulasi peletakan jawatan wakil rakyat itu dan bersemangat menfokuskan usaha membangun modal insan di Parlimen Bukit Gantang.

"Secara peribadi, saya juga tidak bersetuju dengan inisiatif mengadakan PRK secara berterusan di negara ini kerana ianya akan meninggalkan isu sebenar pembangunan negara didambakan rakyat.

"Bila ada PRK pastinya kerajaan mengeluarkan belanja besar untuk mengadakannya. Malahan rakyat turut muak dengan episod PRK tidak berkesudahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sewaktu ditemui menegaskan UMNO tidak gelojoh untuk mengambilalih tampuk kerajaan baharu di Perak dan Kedah sebelum habis tempoh matang.

Menurutnya, sebarang usaha mengadakan semula PRK atau inisiatif mewujudkan kerajaan campuran UMNO-Pas menerusi gabungan kerusi kedua-dua parti adalah tidak sesuai dan dibimbangi memberi isyarat seolah-olah UMNO hanya berpolitik semata-mata.

"Paling penting sebagaimana kata pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, UMNO akan menfokuskan pentadbiran kerajaan negeri dimenangi Pas dan BN terlebih dahulu.

"Lagipun, konsep penyatuan ummah pun dibuat hanya memastikan kehidupan dan hak rakyat terpelihara dan dibela selain menuntut kerajaan PH menunaikan janji-janji pilihan raya mereka," katanya.