X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Kementerian Pertahanan perlu ambil langkah proaktif: Anwar

Anwar Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pertahanan mengambil iktibar dan langkah proaktif susulan kejadian pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas berhampiran kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth pada Selasa.

Menurutnya, ia langkah perlu bagi memastikan kemalangan seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa depan.

Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Kapten Mohamad Affendi Bustamy dan mendoakan kesembuhan kepada Mejar Mohd Fareez Omar yang tercedera dalam kejadian itu.

"Sayu mendengar perkhabaran duka berkenaan nahas yang membabitkan pesawat pejuang Hawk 108 malam tadi.

"Kita bukan sahaja telah kehilangan seorang perajurit malah kehilangan seorang kepala keluarga. Didoakan semoga arwah Kapten Mohamad Affendi Bustamy diterima di sisiNya.

"Semoga keluarga almarhum diberikan kesabaran yang tinggi atas kepergian tulang belakang keluarga dan saya turut mendoakan seorang lagi perajurit yang cedera, Mejar Mohd Fareez Omar diberi kesembuhan seperti sediakala," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 10.07 malam Selasa itu, Mohamad Affendi maut, manakala Mohd Fareez cedera apabila pesawat Hawk yang sedang dalam latihan penerbangan malam terbabit dalam kemalangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas

Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!