Jangkitan Covid-19 terus meningkat, 6,288 kes hari ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan dengan 6,288 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu terdiri daripada 22 kes import melibatkan 15 rakyat tempatan dan tujuh warga asing.

"Penularan dalam negara ialah 6,266 kes membabitkan 6,050 rakyat tempatan dan 216 warga asing," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 6,163 kes atau 98 peratus adalah kategori satu dan dua, manakala 125 kes atau dua peratus kategori tiga hingga lima.

"Jumlah kumulatif kes ialah 2,563,153 kes," ujarnya.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 536 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 251 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"KKM juga merekodkan 4,743 kes sembuh dengan jumlah keseluruhan sebanyak 2,466 523 kes," katanya.

Tambah beliau, terdapat lapan kluster baharu Covid-19 dikenal pasti menjadikan jumlah terkumpul ialah 5,858 kluster.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 5,611 kluster telah diisytiharkan tamat, sementara dan bakinya iaitu 247 kluster masih lagi aktif," katanya.
Artikel Berkaitan: