Kereta bugi elektrik ganti pedati kuda bawa pelancong

Beberapa lelaki menunggang kuda manakala para pelancong menaiki kereta bugi elektrik di bandar purba Petra, Jordan baru-baru ini.
Beberapa lelaki menunggang kuda manakala para pelancong menaiki kereta bugi elektrik di bandar purba Petra, Jordan baru-baru ini.
A
A
A

PETRA - Kenderaan bugi elektrik kini terlibat dalam projek bagi menggantikan penggunaan pedati kuda di kawasan-kawasan pelancongan di Petra, Jordan bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar dan layanan buruk terhadap haiwan itu.

Sebanyak kereta 10 bugi elektrik kini membawa para pelancong menuju ke bandar purba tersebut di padang pasir yang pernah menjadi ibu kota penduduk suku kaum Nabatean pada abad pertama Sebelum Masihi.

"Tidak ada pencemaran atau asap dan perubahan ini mengurangkan kes-kes layanan buruk ke atas haiwan," kata Ketua Pihak Berkuasa Pelancongan dan Pembangunan Petra, Suleiman Farajat seperti dilaporkan oleh AFP.

Kenderaan elektrik itu mempunyai kesan yang kurang terhadap pencemaran kerana kadangkala pedati kuda melanggar bahagian tepi jalan dan najis haiwan itu menyebabkan ia berbau busuk di kawasan tersebut apatah lagi tugas untuk membersihkannya bukan merupakan tugas mudah.

Buat masa sekarang, pihak berkuasa Petra akan menggunakan sebahagian kuda itu untuk memelihara cici-ciri tempat itu kerana ia merupakan Tapak Warisan Dunia.

Para pelancong dikenakan bayaran 25 dinar (RM35.26) manakala penduduk tempatan sebanyak 15 dinar (RM21.16) untuk membawa mereka ke lokasi arkeologi di Petra. - Agensi

Artikel Berkaitan: