X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Polis Kelantan lupus lebih RM55.7 juta dadah

Shafien (dua,kiri) melihat barangan dadah yang akan dilupuskan di Bukit Pelanduk.
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan melupuskan lebih RM55.7 juta barang kes berkaitan dadah dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kelantan melibatkan 1,952 kertas siasatan dari tempoh 2007 hingga 2021.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, barang-barang yang dilupuskan itu terdiri daripada 11 jenis dadah iaitu heroin, methaphetamine, kanabis, nimetazepam, yaba, estacy, kodiene, diphenhydramine, pil psikotropik, erimin 5 dan methadone.

"Urusan pelupusan akan diuruskan oleh kontraktor bertauliah dan profesional yang dilantik di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan pada 18 November dengan kos sebanyak RM33,000. Kesemua kes adalah melibatkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952, Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan harta) 1988 dan Akta Racun 1952.

"Dadah pelbagai jenis ini dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes terbabit telah tamat," katanya dalam sidang media pelupusan barang kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada Rabu.

Selain itu, beliau memaklumkan, bermula Januari hingga Oktober tahun ini, sebanyak 8,230 kes melibatkan 10,373 tangkapan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah lebih RM52.2 juta dicatatkan.

Katanya, jumlah berkenaan adalah menurun sebanyak 45 peratus berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 12,280 kes dan 15,547 tangkapan dengan nilai rampasan lebih RM94.8 juta.

"Tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952 mencatatkan sebanyak 36 kes manakala tangkapan bagi Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 pula sebanyak 428 kes dengan jumlah sitaan sebanyak lebih RM5.6 juta serta nilai lucut hak RM602,804.

"Selain itu, sebanyak enam sindiket berjaya dibanteras dari Januari hingga Oktober tahun ini dengan tangkapan ahli seramai 17 orang yang rata-ratanya adalah penduduk tempatan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!