Pas belum bincang kerajaan campuran dengan UMNO

Iskandar (berbaju batik) bergambar bersama peserta seminar itu.
Iskandar (berbaju batik) bergambar bersama peserta seminar itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas belum membuat sebarang perbincangan mengenai cadangan untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Pas dan UMNO ketika ini.

Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, masih terlalu awal untuk kedua-dua parti membincangkan mengenai perkara berkenaan.

"Saya tidak tahu (cadangan untuk wujudkan kerajaan campuran) sebab kita baru sahaja bincang (kerjasama) di peringkat PRK.

"Benda ini (hubungan UMNO dan Pas) masih awal lagi, jauh lagi. Kita belum lagi bincang,"katanya ketika ditemui pada Seminar Perpaduan Nasional Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Mencari Formula Kepada Hubungan Antara Kaum Yang Lebih Harmoni' di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mencadangkan untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.

Jelas Iskandar lagi, fokus Pas ketika ini adalah untuk membantu UMNO menang pada PRK Rantau yang akan diadakan April ini.

Terdahulu, Mohamad berkata, UMNO telah membentuk jawatankuasa kerja dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang akan bertindak sebagai penyelaras bersama jawatankuasa yang dibentuk PAS kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan campuran: Idea hebat perkasa pemerintahan Melayu - Penganalisis

Artikel Berkaitan: