Scloni sifatkan Argentina di landasan betul ke Piala Dunia

Kapten Argentina, Lionel Messi (kanan) cuba melepasi kawalan dua pertahanan Brazil pada aksi kelayakan berkenaan. - Foto Inside Sport
Kapten Argentina, Lionel Messi (kanan) cuba melepasi kawalan dua pertahanan Brazil pada aksi kelayakan berkenaan. - Foto Inside Sport
A
A
A

PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni yakin skuad kendaliannya berada di landasan yang betul untuk layak ke Piala Dunia 2022, biarpun terikat tanpa jaringan ketika berdepan Brazil pada aksi kelayakan CONMEBOL, pada Rabu.

Scaloni menyifatkan masih ada ruang buat skuad Albiceleste itu untuk mengesahkan slot ke Qatar tahun depan berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan pemain sejak kebelakangan ini.

“Saya percaya pasukan ini masih mampu untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Qatar tahun depan.

“Lagi pun, kami memiliki set pemain yang baik dan pasukan ini akan ke Qatar dengan status selaku juara Amerika Selatan,” katanya.

Keputusan seri itu sekali gus menyaksikan Argentina, juara dua kali Piala Dunia iaitu pada 1978 dan 1986 berada pada kedudukan kedua dengan 29 mata setelah mengharungi 13 perlawanan setakat ini.

Untuk rekod, Argentina yang hanya memerlukan satu mata daripada baki lima perlawanan bagi mengesahkna kelayakan ke Piala Dunia 2022 secara automatik.

Sementara itu, Scaloni juga berharap skuad kendaliannya itu akan memberikan fokus bagi menamatkan baki saingan di peringkat kelayakan ini dengan melakarkan kemenangan.

Katanya, biarpun hanya memerlukan satu mata, namun pemain diharap memberikan aksi terbaik dalam usaha menjamin kejayaan pasukan.

Artikel Berkaitan:

“Masih ada baki lima perlawanan untuk diharungi dan pasukan ini perlu menyelesaikannya dengan mencatatkan kemenangan.

“Biarpun kelihatan mudah di atas kertas untuk meraih satu mata, tetapi kita tetap sasarkan untuk memenangi baki perlawanan kita nanti,” katanya.