X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Deschamps bangga Les Bleus ke Piala Dunia

Pemain Perancis meraikan kejayaan mara ke Piala Dunia 2022. - Foto New in 24
A
A

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps menyifatkan kejayaan skuad kendaliannya itu mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 sebagai pencapaian membanggakan.

Menurut Deschamps, kejayaan itu sekali gus bakal mencerahkan peluang skuad Les Bleus itu untuk mempertahankan trofi Jules Rimet yang dimenangi pada edisi 2018 lalu.

“Pada peringkat awal, memang banyak halangan yang perlu kami tempuhi, tetapi kesemuanya dapat diharungi dengan jayanya.

“Kini di Finland, kami juga berdepan kesukaran yang sama, tetapi kami berjaya lakukan perkara yang sepatutnya kami lakukan iaitu untuk memenangi perlawanan.

“Secara keseluruhannya, tahun ini menjadi tahun yang positif buat Perancis kecuali kesilapan yang dilakukan pada pusingan 16 di Euro 2020 Jun lalu yang menyaksikan kita terikat 3-3 dan kemudiannya tewas 4-5 menerusi sepakan penalti kepada Switzerland,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Karim Benzema membuka jaringan buat Perancis pada minit ke-66 sebelum Kylian Mbappe menjaringkan gol kedua pada minit-76 bagi mengesahkan kemenangan.

Kemenangan itu menjadikan Perancis mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar selaku juara Kumpulan D dengan meraih 18 mata selain mengekalkan rekod tanpa kalah di sepanjang saingan di peringkat kumpulan kali ini.

Sementara itu, Benzema nyata terlalu gembira dengan kemenangan berkenaan dan menyifatkan dia sudah tidak sabar untuk beraksi sekali lagi di Piala Dunia.

“Sememangnya kami mahu menamatkan (peringkat kumpulan) pada kedudukan teratas dan kami berjaya melakukannya. Kini fokus kami adalah untuk beraksi di Piala Dunia dan memenanginya sekali lagi,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!